Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat TNI-AD | |
---|---|
Lambang Tentera Darat Indonesia Bendera Tentera Darat Indonesia | |
Ditubuhkan pada | 5 October 1945 |
Negara | Indonesia |
Jenis | Tentera darat |
Saiz | 483,000 (2016)[1] |
Sebahagian daripada | Tentera Nasional Indonesia |
Markas Besar | Jakarta, Indonesia |
Nama samaran | TNI AD |
Moto | Kartika Eka Paksi (Sanskrit, lit:"burung perkasa dengan satu cita-cita mulia") |
Peringatan | 15 Disember (Hari Juang Kartika) |
Pertempuran | Rampasan Kuasa Chile 1973
tunjuk perasaan di Dataran Tiananmen rusuhan di Bandar Seri Begawan 2022 Konflik Papua |
Laman web | www.tniad.mil.id |
Komander | |
Ketua Turus | Jeneral en:Dudung Abdurachman |
Naib Ketua Turus | Leftenan Jeneral Bakti Agus Fadjari |
Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat (disingkatkan TNI-AD, dalam Bahasa Inggeris "Indonesian National Military-Land Force") adalah cabang darat bagi Tentara Nasional Indonesia. Ia memiliki kekuatan kira-kira 300,000 anggota tentera.[2] Sejarah Angkatan Darat Indonesia bermula pada tahun 1945 apabila Tentara Keamanan Rakyat (TKR) "Civil Security Forces" muncul sebagai sebuah pasukan separa tentera dan polis.[3]
Semenjak gerakan kemerdekaan, Angkatan Darat Indonesia terlibat dalam pelbagai operasi yang bermula dari penyatuan New Guinea Barat, konfrontasi Indonesia-Malaysia, hingga ke pengilhakan Timor Timur, serta operasi dalaman anti-insurgensi di Aceh, Maluku, dan Papua. Operasi tentera tidak akan berlaku tanpa kontroversi; ia sekali-sekala dikaitkan dengan pelanggaran hak asasi manusia, terutamanya di Papua Barat, Timor Timur dan Aceh.[4][5]
Angkatan Darat Indonesia dipimpin oleh seorang Kepala Staf Angkatan Darat (KASAD) yang menjadi pemimpin tertinggi di Markas Besar Angkatan Darat (MABESAD). Jawatan KASAD yang terkini disandang oleh Jeneral TNI Dudung Abdurachman. Angkatan Darat terdiri daripada sebuah MABESAD, 15 Markas Wilayah Tentera (Kodam), 2 Markas Tempur Utama (Komando Tempur Utama atau Kotama); Markas Strategik Angkatan Darat (Kostrad) dan Markas Pasukan Khusus (Kopassus), serta beberapa unit tambahan yang lain.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama IISS2012Indo